JENIS-JENIS IKAN GAPI


JENIS-JENIS IKAN GAPI 












Cobra 
Gen cobra ditandai dengan corak seperti kulit ular (snake skin) pada seluruh tubuh ikan gapi jantan yang berkombinasi dengan campuran warna putih dan kuning. Terdapat banyak iakan gapi yang bercorak cobra kerana corak inilah diidentifikasikan buat pertama kalinya . Perubahan gen yang umum dijumpai pada ikan jenis cobra dikenal sebagai lace. Gen lace memiliki corak yang lebih halus dan komplek. Disebabkan sangat mudah disilangkan, corak cobra ini dapat ditemui pada ikan gapi betina. 

Metalik Ikan ini berwarna biru atau abu-abu gelap metalik pada ikan gapi jantan. Paling banyak dijumpai adalah jenis Metalik Cobra yang merupakan kombinasi di antara gen metalik dan gen cobra. Jenis ini memiliki kepala dan dada berwarna metalik dan tubuh bahagian belakang yang bercorak cobra. 



Japan Blue 
Japan Blue berasal daripada populasi spesis ikan gapi liar di Jepun. Ciri-cirinya berwarna biru langit dipinggang ikan gapi jantan, ia terjadi kerana pengaruh gen lain yang warnanya bervariasi daripada ungu ke turquoise. Perkembangan terbaru dari jenis Japan Blue adalah Lazuli, yang secara umumnya memiliki warna kepala dan pangkal ekor biru. 



Tuxedo 
Gen tuxedo memberikan warna gelap di bahagian pada bahagian belakang (pinggang) seperti warna hitam dan biru, namun tingkat litupannya berbeza-beza. Secara umumnya menutupi separuh badan bahagian belakang ikan gapi. Gen tuxedo selain memberikan pengaruh kepada warna, ia juga memberikan pengaruh pada ukuran sirip. Tuxedo cenderung memiliki sirip yang lebih besar.