TIPS PENJAGAAN IKAN GAPI
Ikan gapi yang comel dan aktif berenang di dalam akurium memang menenangkan hati sesiapa yang memandang. ikan ini tidak memerlukan kos yang banyak untuk mendapatkannya. harga di kedai adalah antara RM2.00 hingga RM2.50 manalaka gapi betina pula boleh didapati dengan harga cuma RM1 hingga RM1.50. harga ikan gapi jantan lebih mahal kerana rupanya yang lebih menarik kerana mempunyai ekor lebih panjang dan cantik. kalau nak cam, gapi betina mempunyai ekor yang pendek.
ikan ini lebih diminati oleh kaum wanita kerana kecomelan dan badannya yang berwarna warni. tapi lelaki pun ada juga yang suka pada ikan ni. Sebenarnya ikan gapi adalah sejenis spesis ikan yang senang dijaga dan mudah membiak. cuma perlu masukkan ANTI KLORIN dalam akurium dan ikan ini boleh dibela dengan mudah. seekor ikan gapi betika mampu membiakkan lebih 20 ekor anak sekiranya hayatnya panjang.
makanan ikan gapi ada dijual di kedai-kedai ikan. ada makanan khas jenama gapi dan ada jugak jenis makanan halus lain tapi boleh juga diberi pada gapi.
untuk menyegarkan ikan gapi, disyorkan dimasukkan penapis dan sedikit tumbuhan akuatik. tapi kalau tak mahu pun boleh .
cara nak salin air adalah cuma gantikan separuh saja air dari akurium untuk elak ikan terkejut dan mati. sebab ikan ni boleh hidup dalam air yang 2-3 bulan tak ditukar..tapi kasihan la, lagipun kalau air tak jernih tak nampak dgn jelas warna ikan yg berwarna-warni .
akhir sekali, ramai yang kata ikan gapi makan anaknya. Jadi sebaik menetas si anak kena asingkan dari gapi dewasa, mungkin betul . Tapi pengalaman saya, kalau ada kayu atau tumbuhan akuatik dalam akuarium tak perlu sebab anak ikan gapi akan menyorok di sebalik tu sehingga ia bersedia untuk berenang kat luar.
harap tips ini dapat membantu bagi yang baru mula nak membela ikan gapi!