Permulaan Memelihara Ikan Kelisa Emas


Sebenarnya penjagaan ikan jenis ini ada senang dan susah. Tetapi persepsi masyarakat telah mnyebabkan timbul satu pemikiran yang memelihara ikan jenis ini bahaya kerana takut ikan tersebut mati. Maklumlah harga ikan Arowana ni agak mahal bagi penghobi baru.

Namun iu hanyalah persepsi dan tidak benar sama sekali. Dibawah ini saya nyatakan persediaan awal dalam penjagaan ikan Arowana kesayangan kita.Sebelum membeli atau memelihara ikan kelisa adalah lebih baik diselidiki dahulu ikan kelisa atau Arowana jenis yang mana yang hendak dipelihara. Terdapat beberapa jenis arowana yang mudah didapati di kedai Ikan Hiasan di negara kita. 

     -   Yang murah: Ikan dari australia tetapi dah ada yang local breed seperti Pearl Arowana. Bagus untuk penghobi baru.

    -    Yang agak mahal: Ikan kelisa tempatan iaitu jenis Green Arowana, Yellow Arowana, Yellow Tail, Malaysia Golden, Highback.

       -     Ikan Import: Ikan Kelisa dari Indonesia seperti Chili red dan Super Red (Imperial Red).

Setelah dipastikan Arowana yang mana, sebelum membawa pulang ikan tersebut, kalau boleh tinggalkan ikan tersebut dikedai tadi selama satu hari dan tidak diberi makanan. Ini adalah untuk mengurangkan stress kepada ikan tersebut semasa perjalanan dari kedai ke rumah anda.

Untuk penyediaan akuarium, penghobi adalah digalakkan menyediakan sekurang-kurangnya akuarium 3 kaki atau lebih. Akuarium hendaklah disediakan terlebih dahulu dan pastikan akuarium tersebut mempunyai tudung yang rapat dan teguh. Kemudian pastikan tiada benda tajam didalam dan dibawah permukaan tudung akuarium tersebut bagi mengelakkan sebarang kecederaan pada Arowana anda.

Sebelum masukkan air paip masukkan 5 penutup anti Klorin (untuk akuarium 3 kaki) dan kemudian masukkan air. Seboleh-bolehnya akuarium tersebut telah disediakan dengan air yang mengalir sekurang-kurangnya 3 hari. Pastikan akuarium anda mempunyai motor untuk sistem penapisan, Air Bubble untuk tambahan oxygen dan yang penting iaitu backup air bubble. Ianya berfungsi untuk mengeluarkan Bubble/oksigen jika bekalan elektrik terputus.

Setelah semuanya tersedia, masukkan Arowana anda kedalam akuarium bersama-sama dengan plastiknya (tanpa dibuka), ini bertujuan untuk keserasian suhu diantara air dalam plastik dengan air akuarium. Setelah 10 minit buka plastik dan masukkan air akuarium kedalam plastik tadi dalam anggaran 1/3 dan biarkan selama 3-5 minit. Setelah itu barulah masukkan Arowana anda ke dalam akuarium. Setelah dimasukkan janganlah diberi makan sehingga keesokkan harinya atau sekurang-kurangnya selama 12 jam.

Untuk lebih menikmati keindahan Arowana, anda adalah digalakkan memasang lampu pada akuarium anda dan berlatar belakangkan warna gelap seperti hitam dan biru.

Untuk makanan Arowana, anda adalah digalakkan untuk mempelbagaikan sumber makanannya agar ikan anda sihat dan akan kelihatan lebih cantik dan menarik. Diantara makanan Arowana ialah ulat (worm), anak seluang, anak udang, cengkerik dan anak katak.

Ingat air akuarium anda perlu ditukar sekurang-kurangnya 4 hari dan tak lebih dari seminggu sekali. Ini adalah untuk memastikan kitaran air didalam akuarium anda sentiasa pada kadar PH dan KH yang baik dan sihat untuk ikan Arowana anda.

1 comments:

  1. Haha..terima kasih atas ilmu saudara sngt berguna dan bertambah semangat saya nk bela arowana....baru2 nk belajar bela ja ni..harap2 menjadi...

    ReplyDelete