Pengenalan : Ikan Kap


Ikan Kap

Ikan Kap, atau ikan Kap biasa, adalah nama umum bagi pelbagai jenis ikan air tawar dalam keluarga Cyprinidae, satu kumpulan besar ikan yang berasal dari Asia dan Eropah. Sesetengah orang menganggap kesemua ikan siprinid sebagai kap dan keluarga Cyprinidae itu sendiri dikenali sebagai keluarga kap. Bagaimanapun, bagi kegunaan harian, kap biasanya merujuk kepada hanya beberapa spesies besar siprinid seperti Cyprinus carpio (kap biasa), Carassius carassius (kap Crucian),Ctenopharyngodon idella (Kap Rumput), Hypophthalmichthys molitrix (Kap Perak), dan Hypophthalmichthys nobilis (Kap Kepala Besar). Kap telah lama menjadi sumber makanan penting bagi manusia, dan juga sebagai ikan hiasan seperti pelbagai jenis Ikan Mas dan Kap biasa yang dipelihara yang dikenali sebagai Ikan Koi. Akibatnya, ikan Kap telah diperkenalkan di pelbagai tempat sungguhpun dengan pelbagai hasil.

Ikan Karp merupakan terdiri daripada beberapa spesies ikan air tawar, antaranya termasuk:-
  • Ikan Kap, (Acrossocheilus hexagonolepis.)
  • Kap Lumpur, (Cirrhina molitorella )
  • Kap Rumput, (Ctenopharyngodon idellus)
  • Kap Hitam, (Mylopheryngodon piceus)
  • Kap Perak, (Hypophthalmichthys molitrix)
Selain sebagai sumber makanan, ikan kap juga dipelihara sebagai ikan hiasan.

[sunting]Jenis Kap


Kumpulan Kap memakan makanan yang dilempar pelancong di UrfaTurki.
This entry was posted in :

0 comments:

Post a Comment